KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan melaksanakan subsidi bersasar dan kajian skim baharu gaji penjawat awam adalah berdasarkan prinsip dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.
"Ada keperluan kita tegaskan bahawa sebarang keputusan kerajaan tidak akan 'lebih teruk berbanding sebelum ini'contohnya dalam isu subsidi diesel, RM2 bilion liter disonglap tidak tahu ke mana. Diesel sepatutnya dapat digunakan oleh rakyat tapi dijual ke orang asing.
"Kita perlu tepat untuk memberi subsidi ... sama macam elektrik, kita semua dapat kecuali golongan T20 dan keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab dalam Program Taklimat Isu Semasa "Kedudukan Fiskal dan Langkah Kerajaan Menangani isu Kewangan Negara di ibu negara hari ini.
Selain, beliau berkata kerajaan kini sedang giat meneliti keperluan mengkaji skim baharu gaji penjawat awam kerana ia sepatutnya dibuat 10 tahun lepas.
"Ada keperluan kita teliti perbincangan gaji (penjawat awam) dan ia sepatutnya berlaku 10 tahun yang lalu...banyak keputusan perlu dibuat dan kita serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk uruskan...sebab kalau kita tak ubah haluan, masa depan lebih suram," katanya.
Pada 19 April lepas, Anwar menerusi catatan di Facebook memaklumkan kerajaan akan umumkan cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja yang akan diadakan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Fahmi berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara. --fotoBERNAMA
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Fahmi berkata bagaimanapun buat masa ini, Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.